IQNA

Iran bakal beri vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak, remaja

15:33 - September 17, 2021
Berita ID: 3100137
TEHRAN (IQNA)-Iran akan memulakan pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak dan remaja, berusia enam hingga 18 tahun dalam masa dua minggu lagi, lapor Agensi Berita IRNA.

"Iran dalam fasa akhir mengimport vaksin khas untuk anak-anak dan langkah penting itu akan segera kita laksana," kata wakil Menteri Kesihatan dan ketua Pusat Pengurusan Kementerian Kesihatan, Dr Jaafar Sadeq Tabrizi pada sidang akhbar.

Dr Sadeq Tabrizi berkata, sebelum ini Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan telah memutuskan sekolah perlu dibuka semula dengan kehadiran guru di kelas.

Bagaimanapun, pembukaan semula sekolah terpaksa ditunda untuk tempoh sebulan, katanya.

Beliau berkata, setakat ini 1.2 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada rakyat Iran. - Bernama

sinarharian.com.my

captcha