IQNA

Apa kata Al-Quran / 14

Penentangan terang-terangan Al-Quran terhadap perkauman

7:29 - June 30, 2022
Berita ID: 3101209
TEHRAN (IQNA) - Prinsip persamaan pada hakikat lelaki dan perempuan dan prinsip perbezaan zahir dalam ciri-ciri khusus manusia adalah dua prinsip yang jelas dinyatakan dalam Al-Quran merujuk dalam satu ayat surah Al-Hujuraat.

Laporan IQNA; Terdapat banyak diskriminasi dan konflik antara etnik dan kaum yang berbeza akibat dari cara pandang dunia rasisme yang mempunyai akar panjang merujuk pada perbezaan antara individu dan etnik yang merupakan isu semula jadi atau alamiah; masalahnya bermula ketika perbezaan menjadi ukuran nilai bagi sesetengah orang dan menganggap yang lain tidak bernilai.

Pandangan yang salah ini, salah satunya adalah perkauman, satu yang telah menjadi punca sebab banyak peperangan dan sengketa. Ajaran Al-Quran tidak acuh tak acuh terhadap isu ini, dan sungguh-sungguh menolak sikap rasisme yang meletakan ukuran perbezaan alamiah sebagai ukuran bernilai atau tidak bernilai, dan Al-Quran justeru menghidupkan kesamaan fitrah sebagai asas nilai manusia, dan menyatakan dengan tegas kriteria khusus untuk penilaian nilai manusia.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Qs, Al-Hujuraat 49:13).

Dalam ayat ini, disebutkan tiga prinsip penting: prinsip persamaan dalam penciptaan lelaki dan wanita, prinsip perbezaan ciri-ciri alamiah zahir manusia, dan prinsip ketaqwaan adalah kriteria keunggulan bagi manusia. Sudah tentu dalam ayat-ayat Al-Quran yang lain juga dilihat dari kriteria seperti ilmu, pengalaman, amanah, tanggungjawab, kemampuan dan hijrah juga dipertimbangkan sebagai keunggulan yang relatif, yang juga menjadi keunggulan yang hakiki ketika bersama taqwa.

Penyusun tafsiran Amthal menyatakan; mesej ayat ini mengetepikan diskriminasi seperti berikut: Penciptaan manusia daripada seorang lelaki dan seorang perempuan bermaksud kembalinya nasab manusia kepada "Adam" dan "Hawa", maka kerana mereka semua adalah dari akar yang sama, ia tidak bermakna bahawa Generasi dan suku harus berbangga antara satu sama lain, dan jika Tuhan adalah untuk setiap suku dan puak, maka semua mendapat keistimewaan ini.

Ciri-ciri perbezaan alamiah yang dicipta untuk mengekalkan susunan dan keteraturan kehidupan sosial, kerana perbezaan inilah yang mencipta pengenalan dan pengiktirafan. Pengenalan dan pengiktirafan diperlukan untuk mencipta keteraturan dan tanpa mengenal pasti orang, ketertiban tidak dapat berlaku dalam masyarakat manusia.

Tafsir Nur telah menyatakan beberapa pesanan dari ayat yang mulia ini:

1. Menjadi lelaki atau perempuan, atau seseorang itu daripada suku, kaum dan kumpulan etnik tertentu, bukanlah kriteria kebanggaan, kerana ini adalah kerja Tuhan; «خلقنا، جعلنا»"Kami mencipta, kami menjadikan".

2. Perbezaan yang dilihat pada bentuk dan rupa zahir manusia adalah menunjukkan kebijakan untuk saling mengenali, bukan untuk berbangga; «لِتَعارَفُوا» "Untuk saling kenal-mengenal".

3. Maruah itu sekejap di mata manusia, mendapat maruah itu penting di sisi Allah, maruah itu ada pada kriteria taqwa; «أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ» "Yang paling bermarwah adalah yang paling bertaqwa".

4. Al-Quran menolak semua diskriminasi kaum, partisan, etnik, suku, iklim, ekonomi, intelek, budaya, sosial dan ketenteraan dan menganggap ketaqwaan sebagai kriteria kebaikan; «إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقاكُمْ» "Yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling bertaqwa".

5. Mengejar keunggulan dan ketuanan adalah fitrah manusia dan Islam telah menjadikan ketaqwaan sebagai jalan keinginan fitrah ini; «إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقاكُمْ»; "Yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling bertaqwa".

6- Janganlah kita mengaku taqwa dan berpura-pura bahawa Allah amat mengenali setiap orang. «عَلِيمٌ خَبِيرٌ»; "Allah maha mengetahui dan maha teliti pengetahuanNya".

Berita Berkaitan
captcha