IQNA

Pengajaran Surah Yassin untuk memahami kisah Asyura

6:25 - August 04, 2022
Berita ID: 3101333
TEHRAN (IQNA) - Surah Yassin mempunyai tema menarik yang apabila kita menelitinya dalam konteks peristiwa sejarah, kita mendapat pemahaman tentang kedudukan dan posisi diri kita di dunia dan lebih memahami cara-cara menyokong jalan kebenaran.

Laporan IQNA; Seseorang memerlukan alat untuk memahami kehidupannya dengan betul dan jika dia seorang Muslim dan beriman, dia harus membiasakan diri dengan ayat-ayat Al-Quran supaya dia dapat menyesuaikan keadaannya dengan ayat-ayat Al-Quran dalam situasi kehidupan yang berbeza dan mengenali jalan yang betul.

Pada hari Muharram, dalam memperingati kebangkitan Asyura, kita mengingati peribadi Hazrat Muslim, yang merupakan salah seorang sahabat rapat Imam Hussain (as).

Muslim adalah sepupu Imam Hussain (as), yang dihantar ke Kufah sebagai utusan Imam (as).

Kata "Rasul - رسول -" bermaksud wakil atau utusan seseorang, dan kini ia kadangkala digunakan sebagai wakil berkuasa penuh -تام‌الاختیار - Taamul Ikhtiyar- dalam tradisi politik.

Oleh itu, Muslim mempunyai kuasa penuh dalam sesuatu perkara yang Imam Hussain (as) telah menghantarnya untuk mendengar, melihat dan menganalisis keadaan dan memberitahu Imam (as).

Orang ramai juga harus mengenalinya sebagai Rasul Imam Hussain (as) dan mentaatinya sebagai Rasul Imam Hussain (as), sebagaimana mereka mentaati Hussain Ibn Ali (as).

Peristiwa yang berlaku kepada Muslim dapat difahami dengan beberapa tema Surah Yassin.

Surah Mubarakah Yassin membicarakan tentang mutu dan nilai perhubungan manusia dengan para rasul dan menyalahkan mereka yang seolah-olah lehernya terkunci di hadapan rasul-rasul dan seolah-olah mereka tidak mampu menoleh ke kanan dan ke kiri sehingga tidak mendukung dan menolongnya.

Dalam surah ini, pembekuan tertentu dinyatakan dalam ayat-ayat berikut;

إِذْ أَرْسَلْنَآ إِلَيْهِمُ ٱثْنَيْنِ فَكَذَّبُوهُمَا فَعَزَّزْنَا بِثَالِثٍۢ فَقَالُوٓا۟ إِنَّآ إِلَيْكُم مُّرْسَلُونَ ١٤ قَالُوا۟ مَآ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌۭ مِّثْلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحْمَـٰنُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ ١٥ قَالُوا۟ رَبُّنَا يَعْلَمُ إِنَّآ إِلَيْكُمْ لَمُرْسَلُونَ ١٦ وَمَا عَلَيْنَآ إِلَّا ٱلْبَلَـٰغُ ٱلْمُبِينُ ١٧ قَالُوٓا۟ إِنَّا تَطَيَّرْنَا بِكُمْ ۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهُوا۟ لَنَرْجُمَنَّكُمْ وَلَيَمَسَّنَّكُم مِّنَّا عَذَابٌ أَلِيمٌۭ ١٨ قَالُوا۟ طَـٰٓئِرُكُم مَّعَكُمْ ۚ أَئِن ذُكِّرْتُم ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌۭ مُّسْرِفُونَ ١٩ وَجَآءَ مِنْ أَقْصَا ٱلْمَدِينَةِ رَجُلٌۭ يَسْعَىٰ قَالَ يَـٰقَوْمِ ٱتَّبِعُوا۟ ٱلْمُرْسَلِينَ ٢٠ ٱتَّبِعُوا۟ مَن لَّا يَسْـَٔلُكُمْ أَجْرًۭا وَهُم مُّهْتَدُونَ ٢١ وَمَا لِىَ لَآ أَعْبُدُ ٱلَّذِى فَطَرَنِى وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ٢٢

"Ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang Rasul lalu mereka mendustakannya; kemudian Kami kuatkan (kedua Rasul itu) dengan Rasul yang ketiga, lalu Rasul-rasul itu berkata: "Sesungguhnya kami ini adalah diutuskan kepada kamu". 

Penduduk bandar itu menjawab: "Kamu ini tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga, dan Tuhan Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun (tentang agama yang kamu dakwakan); Kamu ini tidak lain hanyalah berdusta".
Rasul-rasul berkata: Tuhan Kami mengetahui bahawa sesungguhnya Kami adalah Rasul-rasul yang diutus kepada kamu,

"Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata".

Penduduk bandar itu berkata pula: "Sesungguhnya kami merasa nahas dan malang dengan sebab kamu. Demi sesungguhnya, kalau kamu tidak berhenti (dari menjalankan tugas yang kamu katakan itu), tentulah kami akan merejam kamu dan sudah tentu kamu akan merasai dari pihak kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya".

Rasul-rasul itu menjawab: "Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau".

Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk". (Qs, Yaa Siin 36:14 -21)

Di bahagian ini, membuka simpulan kebekuan berfikir ahli bandar itu. Dan surah Yassin memberi kita analisis yang baik tentang penduduk Kufah dan Hazrat Muslim.

Saya berharap jika sejarah akan berulang dan kejadian yang serupa dengan Karbala berlaku dalam hidup kita, kita akan tahu bahawa jika kita akan menghadapi orang berkata benar yang datang ke tengah masyarakat, kita akan tahu bagaimana untuk menghadapinya; Hendaklah kita mengikutinya dengan mencontohi surah Mubarakah Yassin, manjadikan utusan yang berkata benar sebagai yang wajib diikuti  -(واجب‌الاتباع).

* Diambil dari kata-kata Kazem Rajab Ali, ahli renungan dalam Al-Quran.

captcha