IQNA

Hubungan antara religiusitas dan tanggungjawab sosial

9:22 - August 17, 2022
Berita ID: 3101386
TEHRAN (IQNA) - Tanggungjawab sosial individu atau, dalam tafsiran Al-Quran, "Amal soleh" termasuk penyertaan aktif setiap orang dalam masyarakat di mana dia hidup; Membersihkan alam sekitar, membantu orang lain, dan mengambil bahagian dalam isu kebajikan atau kesolehan sosial, budaya dan pelayanan awam yang penting seperti membina sekolah, dan lain-lain adalah beberapa contoh tindakan soleh ini.

Laporan IQNA; Dalam dunia Islam, para pakar Ilmu sosial telah memberikan pendapat atau teori tentang tanggungjawab sosial seseorang. Sebagai contoh, utopia atau Madinah Fadhilah - المدینة الفاضلة - Negara Idaman - dalam pemikiran Farabi (872 hingga 950 M) dibentuk berdasarkan kerjasama, pertolongan, pembahagian kerja dan pengagihan tanggungjawab sosial di kalangan anggota masyarakat, demi memenuhi keperluan individu dan kolektif.

Agama Islam telah mentakrifkan atau memberi makna tanggungjawab sosial seseorang dalam tindakan kesolehan. Perbuatan yang baik mempunyai pengertian yang jelas, yang disebut "Amal Soleh" - Perbuatan Baik - dan Al-Quran kadang-kadang membandingkannya dengan "perbuatan buruk", seperti yang dinyatakan dalam ayat 46 Surah al-Fussilat:

مَنْ‌ عَمِلَ‌ صَالِحاً فَلِنَفْسِهِ‌ وَ مَنْ‌ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا

"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya." (Qs, Fussilat 41:46)

Perkara “amal soleh” disebut dalam Al-Quran sebanyak 87 kali dalam pelbagai cara, yang menunjukkan kepentingannya yang tidak kurang daripada “iman” kerana tindakan soleh adalah tanda wujudnya keimanan dalam hati dan kehidupan iman tanpa "tindakan - Amal Soleh" atau tampa melaksanakan tanggungjawab adalah seperti pokok kering yang tidak berbuah; Sebagaimana dalam ayat-ayat menyempurnakan tanggungjawab yang telah diterima disebut di samping iman dan kepercayaan kepada Allah:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ یُتْرَکُوا أَنْ یَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا یُفْتَنُونَ

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Qs, Al-'Ankabuut 29:2).

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)." (Qs, Al-Kahfi 18:107).

Dalam ayat ini, iman adalah syarat yang perlu, tetapi ia tidak mencukupi, dan selepas beriman, mereka mesti menunaikan tanggungjawab mereka.

Tanggungjawab sosial individu adalah asas tanggungjawab sosial kumpulan.

Walaupun tanggungjawab sosial adalah secara sukarela dan hanya individu yang harus membuat keputusan mengenainya, ia juga harus diperhatikan bahawa sebarang komitmen adalah mengikat dan enggan berbuat demikian dianggap lalai dan cuai.

captcha