IQNA

Surah-surah Al-Quran (26)

Logika para nabi dalam Surah Al-Shu'ara

1:10 - August 18, 2022
Berita ID: 3101392
TEHRAN (IQNA) - Banyak nabi yang telah dipilih oleh Allah untuk membimbing manusia, tetapi terdapat banyak kesulitan dalam jalan ini, termasuk orang yang dijangkiti dosa dan penyelewengan tidak mudah menerima ajakan para nabi Allah untuk membetulkan jalan mereka. Tetapi kedegilan ini tidak menimbulkan gangguan atau penyelewengan dalam logika para nabi.

Laporan IQNA; Surah kedua puluh enam dalam Al-Quran dipanggil; "Asy-Syu'ara" - «الشعرا» "Para Penyair". Surah ini, merupakan salah satu surah Makkiyah, adalah wahyu yang keempat puluh tujuh yang diturunkan kepada Nabi (SAW). Surah ini mempunyai 227 ayat, termasuk dalam juzuk ke 19 Al-Quran.

Penamaan surah ini sebagai "Asy-Syu'ara" adalah kerana penyebutan penyair dalam ayat 224 hingga 227;

وَالشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ الۡغَاوٗنَؕ

"Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala." (Qs, Asy-Syu'araa' 26:224).

اَلَمۡ تَرَ اَنَّهُمۡ فِىۡ كُلِّ وَادٍ يَّهِيۡمُوۡنَۙ‏

"Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? (Qs, Asy-Syu'araa' 26:225).

وَاَنَّهُمۡ يَقُوۡلُوۡنَ مَا لَا يَفۡعَلُوۡنَۙ‏

"Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?" (Qs, Asy-Syu'araa' 26:226).

اِلَّا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَذَكَرُوا اللّٰهَ كَثِيۡرًا وَّانْتَصَرُوۡا مِنۡۢ بَعۡدِ مَا ظُلِمُوۡا​ ؕ وَسَيَـعۡلَمُ الَّذِيۡنَ ظَلَمُوۡۤا اَىَّ مُنۡقَلَبٍ يَّـنۡقَلِبُوۡنَ‏

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali." (Qs, Asy-Syu'araa' 26:227).

Dalam surah ini menyebutkan bahawa bait-bait syair, penyair kafir diperkatakan sebagai sia-sia, tanpa komitmen dan tanpa tindakan, dan sebaliknya, memuji penyair yang beriman dan mengingati Tuhan.

Dari sudut ini, karya seni syair dan puisi adalah alat untuk menyediakan isi dan memberi hala tuju kepada masyarakat serta menggunakannya dalam jalan iltizam; pengobar semangat dan iman.

Dari sudut pandangan Allamah Tabatabai, tujuan utama Surah ini adalah untuk menghiburkan Nabi yang sedih, yang memberi amaran kepada orang-orang yang mendustakan Nabi terhadap pengingkaran sebahagian besar umatnya mengenai Kitab Suci (Al-Quran) yang menuduh dan fitnah kepada Nabi (SAW) seperti gila dan sebagai penyair, dan juga dengan menceritakan kisah-kisah para nabi terdahulu dan mengingatkan mereka tentang kesudahan musuh mereka supaya belajar dari nasib mereka.

Surah Al-Shu'ara memperkatakan tentang pergerakan para Nabi dari Nabi Nuh (as) kepada Nabi Muhammad (SAW) dan peringatan tentang kiamat musuh-musuh mereka dan lebih menekankan prinsip-prinsip akidah, tauhid, hari kebangkitan, dakwah para nabi dan kepentingan Al-Quran.

Tujuan utama Surah Al-Shu'ara adalah untuk menghiburkan Nabi terhadap pengingkaran dan fitnah umatnya.

Dalam surah ini disebutkan sebagai contoh percakapan beberapa nabi dengan kaumnya, seperti percakapan Nabi Ibrahim dengan Azar dan kaumnya, percakapan Nuh dengan kaumnya, percakapan Hud dengan kaumnya, percakapan Solih dengan kaum Tsamud, percakapan Luth dengan kaumnya, perbualan Suaib dengan para sahabatnya Perkara yang luar biasa dari perbualan ini adalah bahawa orang mengabaikan kata-kata nabi mereka dan setiap daripada mereka mengalami hukuman ilahi dalam beberapa cara.

Menurut konsep yang disebutkan dalam Surah Al-Shu'ara, surah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:

Bahagian pertama; menyatakan keagungan Al-Quran dan menghiburkan Nabi terhadap desakan dan tatapan orang musyrik, menunjuk kepada tanda-tanda tauhid dan menggambarkan sifat-sifat Tuhan.

Bahagian kedua; menceritakan sejarah dan perjuangan para nabi dan menunjuk kepada hujah-hujah orang-orang yang mendustakan nabi-nabi terdahulu dan persamaannya dengan hujah-hujah orang-orang yang mendustakan Nabi Islam dan akhirnya kenyataan tentang nasib orang-orang yang mendustakan nabi-nabi.

Bahagian ketiga; ialah penutup bahagian sebelumnya, nasihat kepada Nabi tentang cara menyeru kepada Islam dan berurusan dengan orang yang beriman, menghiburkan Nabi (SAW) dan memberi khabar gembira kepada orang yang beriman.

Berita Berkaitan
captcha