IQNA

Ucapan langsung televisyen Pemimpin Revolusi Islam pada hari raya Besar Islam / Mab'ath

6:48 - March 01, 2022
Berita ID: 3100824
TEHRAN (IQNA) - Ayatullah Khamenei akan bercakap secara langsung dan disiarkan secara hidup oleh rangkaian televisyen untuk warga negara Republik Islam Iran yang mulia dan Muslim di dunia pada kesempatan peringatan hari Raya besar Islam-Pengangkatan Baginda Muhammad (SAW) Sebagai utusan Allah (SWT) dan selaku khotamun Nabi dan Rasul penutup untuk seluruh umat manusia dan Alam semesta.

Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Ayatullah Khamenei akan bercakap secara langsung dan disiarkan secara hidup oleh stesen-stesen televisyen Republik Islam Iran untuk warga negara Republik Islam Iran yang mulia dan negara-negara Muslim di dunia sempena Hari Raya Mab'ath Nabi (SAW).

Ucapan Pemimpin Tertinggi Revolusi akan disiarkan secara langsung pada hari Selasa, hari ini 1Mac jam 10:30 pagi waktu Tehran bersamaan sekitar pukul 15.00 waktu Malaysia, dari pangkalan maklumat KHAMENEI.IR dan rangkaian domestik dan antarabangsa Republik Islam bersama Penyiaran dengan terjemahan serentak.

4039272

captcha