IQNA

Arbain; Gaya hidup berdasarkan Imam Husain (as)

15:55 - September 05, 2023
Berita ID: 3103116
ARBAIN HUSAINI (IQNA) - Arbain dianggap sebagai persembahan gaya hidup berpaksikan Imam Husain (as) di peringkat global untuk manusia zaman ini; Cara hidup bertuhan termasuk penerapan nilai murni.

Arbain boleh dianggap sebagai imej pemulihan kuasa orang-orang beriman. Kuasa adalah konsep umum yang digunakan dalam semua ilmu termasuk ilmu sosial, teologi,  teologi natural dan lain-lain, walaupun kepentingannya dalam ilmu-ilmu lain tidak sama dengan kepentingannya dalam ilmu politik; Dalam bidang ini, kita berhadapan dengan persoalan penting iaitu, bagaimanakah umat Islam dapat menunjukkan kekuasaannya berpaksikan kepada Ahlul-Bait (as).

Ada yang menganggap akar kekuasaan adalah kekuatan  dalam ketenteraan dan pertahanan dan ada juga yang menyatakan bahawa negara yang mempunyai penduduk yang lebih besar, kerajaan yang lebih berkuasa dan wilayah yang lebih besar dianggap lebih berkuasa.Di samping itu, kualiti dalam pengurusan, kepimpinan, kerajaan dan penduduk juga mempunyai kepentingannya.

Dalam dua dekad yang lalu, Arbain telah berubah daripada ibadah individu kepada ibadah sosial dan telah menjadi lebih perkasa .

Dalam upacara Arbain, kita menyaksikan kebangkitan masyarakat, keteraturan, keajaiban, perpaduan, membina kekuatan dan berwawasan. Semua orang berada di jalan yang sama di atas paksi Imamah, dan perarakan ini dibentuk dengan ciri-ciri ini di mana ziarah Imam Husain (as) adalah titik fokus pergerakan ini.

Imam Hadi (as) menunjukkan satu perkara penting tentang menziarahi para Imam (as) dan bahawa para zair (penziarah) di samping mengisytiharkan kecintaan kepada Ahlul-Bait (as) mereka juga mengisytiharkan kebencian terhadap musuh Ahlul-Bait (as ). 

Para penziarah menegaskan bahawa orang-orang wajib  mentaati Imam; Oleh itu, kita telah menyaksikan pergerakan luar biasa daripada berjuta-juta orang menerapkan ciri-ciri ini tanpa melihat kepada perbezaan dalam perarakan Arbain. Kejadian ini telah pun diakui semua orang. 

Di Arbain, terdapat jemaah penziarah terbesar dalam tempoh tertentu, dan ini contoh yang tidak dapat dilihat di mana-mana di dunia dalam sejarah..

Tambahan lagi, pergerakan ini bersama-sama dengan  perjanian, pengisytiharan kesetiaan (kepada Ahlul-Bait) dan kebencian terhadap musuh dalam pelbagai generasi dan agama. Kehebatan, keindahan dan keunikan ini sepenuhnya didedikasikan untuk perarakan Arbain yang mulia.

Arbain dianggap sebagai cara hidup berpaksikan Imam Husain (as) di peringkat global untuk manusia zaman ini; Cara hidup bertuhan yang menerapkan nilai murni; 

Ilmu-ilmu politik, etika, sains dan pengetahuan tersembunyi di dalamnya dan kekuasaan yang membawa kepada kebebasan ini boleh membebaskan dunia dan mengubah peraturan yang mengawal dunia kontemporari ini. Arbain membawa dunia untuk menyambut kerajaan yang dijanjikan dan mempercepatkan pemerintahan Mahdawi dengan rahmat dan pertolongan Allah SWT.

* Petikan daripada kata-kata Muhammad Baqir Puramini (محمدباقر پورامینی)

captcha